Wednesday, June 3

APPLIED BIOLOGY (BIOLOGI GUNAAN) USM

Assalamualaikum



Harini aisyah nak cerita sikit tentang kos aisyah iaitu biologi gunaan di USM. Ada 2 tau biologi kat usm, gunaan dengan tulen. Apa yang beza antara dedua ni adalah major dia. Kalau untuk biologi gunaan ada 5 major,  agrobiology, biotech, environment, aquatic dan entomology. So nak masuk third year nanti baru kita akan masuk kelas ikut major. Untuk year 1 dan 2 semua akan belajar subject yang sama cuma school alternatekan untuk gunaan dan tulen. Macam subject sem1 biologi gunaan akan diambil oleh biologi tulen waktu sem2 dan vice versa. 

Dan hampa still akan belajar chemistry huhu i know i know want to cry right? Tapi alhamdulillah lulus dua-dua subject chemistry. Benda yang sama ja kita belajar waktu sekolah dan matrik cuma mendalam sikit but ni antara subjek killer ye dan ada ja yang fail. Satu lagi ada subjek calculus haaaaa subjek ni pon kita pernah belajar kalau hampa ingat sesikit addmath ha insyaaAllah boleh tapi belajar lah ye. Semua boleh ok yakin dan kena doa bebanyak.

Untuk budak biologi gunaan, hampa akan ambil subjek tak ingat nama subjek tu apa tapi besttttt hampa akan habiskan masa 2 minggu untuk practical di USM. 1 minggu di lab USM. 1 minggu lagi di cemacs. Untuk seminggu lab kat USM, hampa kena dengar la sesikit briefing or explaination pasal lab2 hampa tu contoh hari ni pasal plant, esok animal, lusa microb ha macam tu alah nanti dah masuk ok jer. Dan ada la korang kena lengkapkan task sebelum keluar lab. 

Seterusnya, lagi 1 minggu di cemacs ok the best part hahahaha. Ada 4 tempat hampa kena pergi, marine, lake, forest dan soil. Besttttt even penat but ok jer sebab hampa still ada masa rehat dan kerjanya tak teruk sangat pon sebab groupmate aisyah semua best2. Hihi thanks semua. Lepas hampa pergi ke ecosystem tu, hampa kena kutip sample then kena test la dekat lab cemacs so kena bawa la lab coat. Serius hampa akan enjoy saat2 ni pastu hampa boleh kenal ramai orang sebab kan kita dibahagi setiap group ada lelaki perempuan, melayu, india,cina semua kena campur. Makan pon shedap huhu rindu cemacs. Rasa macam nak repeat. Btw aisyah ada baca USM antara yang ada tempat research macam ni di Malaysia, Uni lain aisyah tak tahu. Then malam2 hampa akan dengar talk dari lecturer, best sebab depa cerita pasal pengalaman depa pergi cari haiwan memalam dan macam-macam. Dannnnnnn ada wakaka..betul ka eja ni yang pasti dia ialah sejenis monyet selalu ada time petang2 asar macam tu. Setakat ni dia takdala kacau orang sampai cedera ka apa so jangan risau ok. Last sekali time petang korang akan free so pergi la jenjalan tepi pantai tu tangkap gambar dan bina bonding korang time ni. Pastu memalam pon ok je nak jenjln tp gelap la kat tepi pantai so selalu lepak dekat jeti tu jer tengok orang tangkap ikan. 

Ok lastly, nak bagitahu, apa2 pon yang hampa belajar niat kerana Allah. Setiap perkara ada susah ada senang. Jangan banding-banding kos siapa lagi susah kos siapa lagi senang NO. Nak belajar semua benda susah cuma kita je yang tak tahu kos orang lain macam mana. Dan semua kos penting untuk kehidupan dan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Dan support each other okay. Tu je sekian dari Aisyah.

Byeeee🍔 nak makan lapar

Lahai buruknya gambar aisyah ambil huhu lol nak tunjuk jugak tak kire 🤗

Assalamualaikummmm 

Harini aisyah nak cerita sikit tentang psikologi. Aisyah belajar la sikit sebab aisyah ambil psikologi sebagai minor di USM. Psikologi ni bukan lepas belajar kita boleh psiko orang tau no..no. Bagi aisyah dia lebih kepada memahami diri kita dan orang lain. Banyak kan kategori psikologi ni. Yang aisyah ambil kaunseling, basic dan sosial setakat ini. Menarik sangat menarik. Banyak benda aisyah belajar dari subjek ni 

Tuesday, June 2

Zaman PKP, apa yang kita boleh buat?

Assalamualaikum Semuaaaaa!

Okay kita tahu sekarang PKP huhu nak buat macam mana kan..kita redah je even time ni banyak dugaan yang aisyah nampak kita hadapi lagi-lagi yang memang struggle bab kewangan. But apa-apa pon kita cuba take it as positive things. Everything happens for a good reason. Ye mungkin ada cakap aisyah takkan faham, dan ye betul aisyah tak faham situasi awak semua but nak ajak kita semua positive dan kuat even berat macam mana sekalipun ujian kita.



Perkara pertama yang aisyah rasa kita perlu dan mesti buat waktu PKP ni adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah. Ha rata-rata kita hari ini aisyah tengok ramai yang tak solat, ada yang mula nak solat, baca Al-Quran dan banyak lagi. Aisyah nasihatkan diri aisyah jugak sebab lalai sangat. Kita kena ingat kita dekat dunia ni sekejap je dan akhirat selamanya, cuba faham betul-betul ayat ni dan bayang. Ruginya kita kalau tak betul-betul menjadi Hamba kepada Allah.

Dalam kehidupan kita ni semuanya kerana Allah macam belajar, tolong mak ayah, kerja, makan, minum semualah kerana Allah. Memang susah sebab kita still buat jugak perkara lagha contoh tengok drama, dengar lagu kpop tu semua sikap dan sifat manusia tapi cubalah cari benda yang bermanfaat untuk kita contoh kita tengok drama sebab nak ambil pengajaran dari situasi dalam drama tersebut. Dan janganlah kita terlalu obses sampaikan kita lalai tak solat, tak baca al-quran. Takpa, benda ialah proses jadi kalau dah ada niat pon kita dah dapat pahala. Penyanyangnya Allah dekat kita. Dialah Maha segalanya. Jadi minta dan mintalah.

Kedua adalah cari skill baru, ha untuk kejar akhirat, kita kena jugak buat yang terbaik dekat dunia sebab semua ni adalah usaha kita untuk akhirat. Dalam kita cari skill baru ni adalah untuk kita berjaya di dunia kalau niat kita kerana Allah sebab nak bahagiakan mak ayah. Contoh skill sekarang baking. Ramainya uiii pandai baking sekarang mak pon seronok je anak masuk dapur ahaahah sejuk hati gittchuwww tapi dalam kita baking kita niat kerana Allah💕 .Sekarang apa eh yang famous, biscoff cheesecake haduh sorry kalau salah eja. Burnt cheesecake, pavlova dan caramel pudding eh ni kukus alah masuk la tuh. Terliur oiii aisyah perati ja dekat Instagram. Pandai2 semua baking skill ni haduh ingat senang ke? Thumbs up ahh🐥🐥. Skill yang lain maybe buat video dam edit. Ha skill ni apak ah memang sangat diperlukan lelagi sekarang. Belajarlah kat youtube ke kat mana-mana lah cara edit video at least basic pon jadilah.

                  Caramel pudding aisyah

Ketiga adalah buat assignment hahahahah, cei betul la, buatlah assignment. Untuk pelajar sekolah lelagi yang spm tu.. Buatla apa yang cikgu suruh, maybe dengan keberkatan ilmu cikgu dan lecturer walaupun dalam hati tak faham langsung amende la aku belajar 😆🙃 (same la kite) mungkin dengan berkat tu kita boleh berjaya dalam hidup. Jadi jagalah hati guru-guru anda nasihat diri kepada diri jugak huhu. Faham jer ramai dalam rumah pon sibuk nak masak kemas rumah untuk tolong mak ayah takpa yang penting kita sama-sama cuba okay. Ada jugak yang tak ada hanfon sendiri takpe okay adalah hikmah di sebalik tu jangan putus asa ja dan yakin.

Keempat maybe boleh buat bisnes online. Semua tengah ada masalah kewangan sekarang. Jadi marilah kita start buat bisnes online jadi dropship dulu pon boleh. Aisyah pon tak start lagi so tengah encourage jugak diri ini. Insyaa Allah kita boleh! Sekarang ramai yang bisnes shaklee kan pastu produk kayman, jelita.kl, bougasbeauty dan macam-macam pastu korang kalau nak jual pastikan barang tu pon bagus dan bertetapan dengan apa yang diclaim, huhu jangan la main taram je kesian customer korang tau. Keberkatan tu penting, nanti kita makan duit tak berkat. Macam produk aisyah mention tu ramai dah tahu memang best dan bagus.

Banyaknya perkara kita boleh buat tau, tak terhad kepada apa yang aisyah tulis je. Asalkan perkara tu dapat manfaat insyallah sangat digalakkan. Maaf kalau ada salah silap. Insyaa Allah kita sama-sama cuba! Himnae 🤗 Nahla love 💓 

Wednesday, July 24

USM PENANG

Usm Induk Penang

Hai Assalamualaikum semua adik-adik. Hari ni aku nak cerita sikit pasai waktu mula nak masuk usm. Memang aku tak nafikan sangat excited dan takut huhu. Semua relaks ye USM ni memang seronok nak mampus. Btw aku kos applied biology.

Ok waktu first datang aku daftar dulu waktu tu ramai sgt sampai kena beratur panjang untuk naik bas sebab aku desasiswa restu so kena naik bas la gi sana sebab nanti jam satu penang kalau semua kereta nak masuk desa luar (restu saujana tekun, RST). Minggu orientasi memang best tapi ngantuk sikit la but ok je. Sebab memalam kena practice cheers suma but memang best so hampa2 yang baru masuk ni create a memorable experience waktu tu sbb you guys akan enjoy saat tu hahahahaha teringat restu menang wuish semngat teroksss. Lelagi kalau lawan dengan tekun. Desa lain pon sangat kretif cewah taknak nampak sangat riak tuh.

Ppsl (fasi) mmg best n sporting, aku rasa waktu tu USM lama gila orientasi padahai awai gakla masuk kawan hat uni lain cepat je habis 3-4 hari centu. Tp okla sbb pagi start dalam pukul 7 mcm tu so tak rushing dan takde la ngantuk. Malam pulak habis ikot fasi kalau waktu aku paling awal pukul 10 macam tu. So semangat la ye bila cheers bagi ppsl puas hati dengan hampa. Jangan lupa makan. Aku sebenarnya ingat orientasi makanan disediakan rupanya tak pon hahahahaha aku pon dari rumah tak bawak makanan so pepagi aku lapar nasibla rumet bawak makanan. Tapi overall memang aku enjoy time orientasi hahahaha


Sebenarnya, dari desa restu nak ke dtsp dekat je weh aku rasa ya allah tak laratnya nak jalan pi situ rasa jauh tp lepas belajar lelama kat sini halah2 dekat je(nnti hampa pahamla maksud aku) . But jangan risau sepanjang waktu orientasi ada bas utk ke dtsp. Tapi maybe ada masa yang kena jalan
Waktu orientasi tu ada ja yag kaki melecet so korang pakaila kasut yang selesa dan pakai stokin rata2 pompuan melecet kat belakang kaki bergeser ngan kasut so pkaila stokin di samping menutup aurat kaki.

So itu je kot yang aku nak kongsi babai Assalamualaikum.

APPLIED BIOLOGY (BIOLOGI GUNAAN) USM

Assalamualaikum Harini aisyah nak cerita sikit tentang kos aisyah iaitu biologi gunaan di USM. Ada 2 tau biologi kat usm, gunaan dengan tule...