Wednesday, June 3

APPLIED BIOLOGY (BIOLOGI GUNAAN) USM

Assalamualaikum



Harini aisyah nak cerita sikit tentang kos aisyah iaitu biologi gunaan di USM. Ada 2 tau biologi kat usm, gunaan dengan tulen. Apa yang beza antara dedua ni adalah major dia. Kalau untuk biologi gunaan ada 5 major,  agrobiology, biotech, environment, aquatic dan entomology. So nak masuk third year nanti baru kita akan masuk kelas ikut major. Untuk year 1 dan 2 semua akan belajar subject yang sama cuma school alternatekan untuk gunaan dan tulen. Macam subject sem1 biologi gunaan akan diambil oleh biologi tulen waktu sem2 dan vice versa. 

Dan hampa still akan belajar chemistry huhu i know i know want to cry right? Tapi alhamdulillah lulus dua-dua subject chemistry. Benda yang sama ja kita belajar waktu sekolah dan matrik cuma mendalam sikit but ni antara subjek killer ye dan ada ja yang fail. Satu lagi ada subjek calculus haaaaa subjek ni pon kita pernah belajar kalau hampa ingat sesikit addmath ha insyaaAllah boleh tapi belajar lah ye. Semua boleh ok yakin dan kena doa bebanyak.

Untuk budak biologi gunaan, hampa akan ambil subjek tak ingat nama subjek tu apa tapi besttttt hampa akan habiskan masa 2 minggu untuk practical di USM. 1 minggu di lab USM. 1 minggu lagi di cemacs. Untuk seminggu lab kat USM, hampa kena dengar la sesikit briefing or explaination pasal lab2 hampa tu contoh hari ni pasal plant, esok animal, lusa microb ha macam tu alah nanti dah masuk ok jer. Dan ada la korang kena lengkapkan task sebelum keluar lab. 

Seterusnya, lagi 1 minggu di cemacs ok the best part hahahaha. Ada 4 tempat hampa kena pergi, marine, lake, forest dan soil. Besttttt even penat but ok jer sebab hampa still ada masa rehat dan kerjanya tak teruk sangat pon sebab groupmate aisyah semua best2. Hihi thanks semua. Lepas hampa pergi ke ecosystem tu, hampa kena kutip sample then kena test la dekat lab cemacs so kena bawa la lab coat. Serius hampa akan enjoy saat2 ni pastu hampa boleh kenal ramai orang sebab kan kita dibahagi setiap group ada lelaki perempuan, melayu, india,cina semua kena campur. Makan pon shedap huhu rindu cemacs. Rasa macam nak repeat. Btw aisyah ada baca USM antara yang ada tempat research macam ni di Malaysia, Uni lain aisyah tak tahu. Then malam2 hampa akan dengar talk dari lecturer, best sebab depa cerita pasal pengalaman depa pergi cari haiwan memalam dan macam-macam. Dannnnnnn ada wakaka..betul ka eja ni yang pasti dia ialah sejenis monyet selalu ada time petang2 asar macam tu. Setakat ni dia takdala kacau orang sampai cedera ka apa so jangan risau ok. Last sekali time petang korang akan free so pergi la jenjalan tepi pantai tu tangkap gambar dan bina bonding korang time ni. Pastu memalam pon ok je nak jenjln tp gelap la kat tepi pantai so selalu lepak dekat jeti tu jer tengok orang tangkap ikan. 

Ok lastly, nak bagitahu, apa2 pon yang hampa belajar niat kerana Allah. Setiap perkara ada susah ada senang. Jangan banding-banding kos siapa lagi susah kos siapa lagi senang NO. Nak belajar semua benda susah cuma kita je yang tak tahu kos orang lain macam mana. Dan semua kos penting untuk kehidupan dan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Dan support each other okay. Tu je sekian dari Aisyah.

Byeeee🍔 nak makan lapar

Lahai buruknya gambar aisyah ambil huhu lol nak tunjuk jugak tak kire 🤗

No comments:

Post a Comment

APPLIED BIOLOGY (BIOLOGI GUNAAN) USM

Assalamualaikum Harini aisyah nak cerita sikit tentang kos aisyah iaitu biologi gunaan di USM. Ada 2 tau biologi kat usm, gunaan dengan tule...