Okay kita tahu sekarang PKP huhu nak buat macam mana kan..kita redah je even time ni banyak dugaan yang aisyah nampak kita hadapi lagi-lagi yang memang struggle bab kewangan. But apa-apa pon kita cuba take it as positive things. Everything happens for a good reason. Ye mungkin ada cakap aisyah takkan faham, dan ye betul aisyah tak faham situasi awak semua but nak ajak kita semua positive dan kuat even berat macam mana sekalipun ujian kita.
Perkara pertama yang aisyah rasa kita perlu dan mesti buat waktu PKP ni adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah. Ha rata-rata kita hari ini aisyah tengok ramai yang tak solat, ada yang mula nak solat, baca Al-Quran dan banyak lagi. Aisyah nasihatkan diri aisyah jugak sebab lalai sangat. Kita kena ingat kita dekat dunia ni sekejap je dan akhirat selamanya, cuba faham betul-betul ayat ni dan bayang. Ruginya kita kalau tak betul-betul menjadi Hamba kepada Allah.
Dalam kehidupan kita ni semuanya kerana Allah macam belajar, tolong mak ayah, kerja, makan, minum semualah kerana Allah. Memang susah sebab kita still buat jugak perkara lagha contoh tengok drama, dengar lagu kpop tu semua sikap dan sifat manusia tapi cubalah cari benda yang bermanfaat untuk kita contoh kita tengok drama sebab nak ambil pengajaran dari situasi dalam drama tersebut. Dan janganlah kita terlalu obses sampaikan kita lalai tak solat, tak baca al-quran. Takpa, benda ialah proses jadi kalau dah ada niat pon kita dah dapat pahala. Penyanyangnya Allah dekat kita. Dialah Maha segalanya. Jadi minta dan mintalah.
Kedua adalah cari skill baru, ha untuk kejar akhirat, kita kena jugak buat yang terbaik dekat dunia sebab semua ni adalah usaha kita untuk akhirat. Dalam kita cari skill baru ni adalah untuk kita berjaya di dunia kalau niat kita kerana Allah sebab nak bahagiakan mak ayah. Contoh skill sekarang baking. Ramainya uiii pandai baking sekarang mak pon seronok je anak masuk dapur ahaahah sejuk hati gittchuwww tapi dalam kita baking kita niat kerana Allah💕 .Sekarang apa eh yang famous, biscoff cheesecake haduh sorry kalau salah eja. Burnt cheesecake, pavlova dan caramel pudding eh ni kukus alah masuk la tuh. Terliur oiii aisyah perati ja dekat Instagram. Pandai2 semua baking skill ni haduh ingat senang ke? Thumbs up ahh🐥🐥. Skill yang lain maybe buat video dam edit. Ha skill ni apak ah memang sangat diperlukan lelagi sekarang. Belajarlah kat youtube ke kat mana-mana lah cara edit video at least basic pon jadilah.
Caramel pudding aisyah
Ketiga adalah buat assignment hahahahah, cei betul la, buatlah assignment. Untuk pelajar sekolah lelagi yang spm tu.. Buatla apa yang cikgu suruh, maybe dengan keberkatan ilmu cikgu dan lecturer walaupun dalam hati tak faham langsung amende la aku belajar 😆🙃 (same la kite) mungkin dengan berkat tu kita boleh berjaya dalam hidup. Jadi jagalah hati guru-guru anda nasihat diri kepada diri jugak huhu. Faham jer ramai dalam rumah pon sibuk nak masak kemas rumah untuk tolong mak ayah takpa yang penting kita sama-sama cuba okay. Ada jugak yang tak ada hanfon sendiri takpe okay adalah hikmah di sebalik tu jangan putus asa ja dan yakin.
Keempat maybe boleh buat bisnes online. Semua tengah ada masalah kewangan sekarang. Jadi marilah kita start buat bisnes online jadi dropship dulu pon boleh. Aisyah pon tak start lagi so tengah encourage jugak diri ini. Insyaa Allah kita boleh! Sekarang ramai yang bisnes shaklee kan pastu produk kayman, jelita.kl, bougasbeauty dan macam-macam pastu korang kalau nak jual pastikan barang tu pon bagus dan bertetapan dengan apa yang diclaim, huhu jangan la main taram je kesian customer korang tau. Keberkatan tu penting, nanti kita makan duit tak berkat. Macam produk aisyah mention tu ramai dah tahu memang best dan bagus.
Banyaknya perkara kita boleh buat tau, tak terhad kepada apa yang aisyah tulis je. Asalkan perkara tu dapat manfaat insyallah sangat digalakkan. Maaf kalau ada salah silap. Insyaa Allah kita sama-sama cuba! Himnae 🤗 Nahla love 💓
No comments:
Post a Comment